21 September 2021

STROKE - PEMBUNUH NO. 3 DI MALAYSIA, APA PERSEDIAAN KEWANGAN YANG PATUT KITA SEDIAKAN?


[ STROKE - PEMBUNUH NO. 3 DI MALAYSIA, APA PERSEDIAAN KEWANGAN YANG PATUT KITA SEDIAKAN? ]

Disebalik pandemik Covid19 yang masih belum reda, sebenarnya ada beberapa jenis penyakit yang menjadi pembunuh senyap.

Menurut kajian, stroke merupakan 3 penyebab utama kematian di Malaysia selepas serangan jantung dan juga pneumonia. Ini statistik sebelum pandemik berlaku. Kalau sekarang, punca kematian paling tinggi harian adalah disebabkan oleh covid19 dan sehingga semalam masih berada pada paras 300 lebih lagi.

Cumanya kali ni saya nak share sikit pasal stroke nie. Berdasarkan pengalaman saya, ada yang saya jumpa kena stroke dan survive tapi tak fully recovered. Ada yang jenis kena terus meninggal dunia, ada yang kena recover dalam masa yang singkat, ada yang kena recover dalam tempoh masa yang lama. So, ada pelbagai keadaan.

Apa yang saya nak kongsikan sedikit kat sini adalah, risiko stroke nie bukan hanya berlaku kepada orang yang berumur. Tapi ada juga yang terjadi kepada orang yang masih active bekerja dan masih productive menjana pendapatan.

Menurut sumber The Star, 25 Oct 2020, 40% pesakit stroke adalah berumur bawah 60 tahun. Maksudnya, kalau umur pencen wajib kerajaan pada 60 tahun, 40% dari pesakit kebanyakkan kena stroke semasa mereka masih berkerja.

Persoalan yang kita patut fikirkan. Kalaulah ia berlaku kepada seseorang yang masih active bekerja, bagaimana agaknya keadaan setelah terkena stroke?..adakah beliau mampu melakukan kerja seperti masih sihat?

Yang saya nak tekankan adalah beberapa keperluan persediaan dari segi perlindungan kewangan. Saya share dulu kali ini mengenai,

"KENAPA PERLUNYA BACKUP KEWANGAN sekiranya berlaku risiko stroke nie?."

Saya kongsikan ini berdasarkan beberapa kejadian sebenar yang saya pernah handle dan beri advice. Sekiranya ia bermanfaat untuk anda, anda boleh kongsikan kepada orang lain. Kalau tidak, anda just ignore sahaja sebab antara tugas saya adalah untuk sampaikan apa yang saya patut sampaikan.

KEPERLUAN BACKUP KEWANGAN SEKIRANYA STROKE.

1) KOS RAWATAN PERUBATAN

Kalau ikutkan pengalaman yang pernah saya handle. Kebanyakkan case STROKE adalah jenis datang mengejut. Jadi, kalau datang mengejut nie, biasanya memang dari segi persediaan la yang biasanya menjadi cabaran.

Dari segi rawatan kecemasan rasanya takde issue sangat sama ada nak masuk hospital goverment atau private, sebab case-case kecemasan biasanya akan diletakkan sebagai top priority.

Cuma, apa yang pernah saya lalui adalah, rawatan susulan atau sokongan.

Saya share satu kisah benar terjadi, seorang kawan saya kena heat stroke, tetiba lumpuh sebelah badan dan terpaksa masuk ICU 2 bulan. Oleh kerana beliau staff kerajaan, semua rawatan dibuat di hospital kerajaan. Tapi, rupanya, walau pun staff kerajaan, ada ubat-ubat yang dia kena beli sendiri dekat luar.

Itu baru bab ubat, belum lagi, kesan sampingan lain. Bila terbaring 2 bulan kat ICU, agak2 apa jadi dengan kulit belakang badan?...Lama sangat terbaring, menyebabkan melecet atau dipanggil sebagai "bed sore". Selain dari treatment stroke tu, nak kena rawat pulak luka disebabkan oleh bed sore tadi.

Jadi, secara ringkasnya, sama ada kakitangan kerajaan atau orang awam atau sesiapa sahaja, bagus kalau ada medical takaful atau insurance sebagai backup. Bukan satu kemestian, tapi kalau dah kena macam nie, baru la kita nampak betapa bernilainya kalau ada apa-apa plan takaful yang boleh bantu tanggung kos rawatan.

So, dalam case yang saya cerita nie, beliau terpaksa la keluarkan duit simpanan sendiri. Mujur ada duit simpanan, kalau takde, terpaksa minta ehsan orang lain.

Kalau duit simpanan tu, perancangannya adalah untuk tujuan tertentu seperti pergi haji ke, atau nak settlekan hutang ke, atau nak beli rumah atau sebagainya, terpaksa digunakan dan mungkin guna sampai habis dan terpaksa la kena kumpul balik dari 0.

Kalau boleh bekerja lagi, maybe ok. Kalau terus tak boleh kerja, macam mana?...yang ni saya cerita dalam point nombor 2.




2) PENGGANTIAN PENDAPATAN

Risiko stroke, ada yang boleh recover dan ada yang terus tak boleh recover maksudnya terus lumpuh sama ada sebahagian atau keseluruhan dan berisiko hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

Pendapatan terhenti, adakah perbelanjaan kehidupan terhenti?..Tidak ya tuan-tuan, living expenses terus berjalan. Silap-silap living expenses bertambah disebabkan oleh keperluan untuk ubat-ubatan yang berterusan, dan kalau jenis sampai tak boleh nak telan makanan solid food, terpaksa beli makanan khas atau susu khas. Itu saya tak cerita lagi bab nak menjaganya lagi.

Penjagaan orang sihat dan orang sakit lumpuh ni sangat berbeza. Bukan setakat perlukan ilmu dan kemahiran, tapi juga kesabaran. Saya pernah ada pengalaman bantu adik saya jaga Arwah mak saya, ada masa tu dia bedridden dan memang kena uruskan dia macam uruskan anak kecil.

Alhamdulillah, walau pun nampak susah, tapi sebab mak saya sendiri, dia dulu masa kecik pun jaga saya, saya tak rasa susah pun. Saya pun sangat berterima kasih kepada adik saya Aidin Riadi, sebab dia yang paling banyak spend masa dan tenaga jaga Arwah Mak saya..

Dari segi perbelanjaan pulak, banyak juga duit yang saya belanjakan untuk rawatan dan juga penjagaan untuk mak saya. Yang ni, maybe saya share di lain posting, ada banyak benda miracle yang saya nak kongsikan yang mungkin boleh berikan inspirasi kepada sahabat-sahabat saya semua.

Jadi, tersangat penting dan perlu untuk kita sediakan backup plan untuk gantikan pendapatan sekiranya lumpuh dan memerlukan belanja untuk penjagaan.

Saya amat sarankan untuk anda allocate sedikit pendapatan, untuk tujuan penggantian income sekiranya berlaku risiko yang dibincangkan ini.

Berkenaan dengan penjagaan lagi, kalau takde waris untuk take care kita, siapa agak2 orang yang boleh bantu jaga kita. Kalau boeh bantu sekali pun, takkan la hanya nak harapkan pertolongan mereka secara percuma. Maybe ada yang cukup baik dan ikhlas untuk membantu. Tapi berapa siapa? dan berapa lama?...

Sekurang2nya kalau ada backup income, maybe boleh bayar upah orang untuk bantu jaga sementara nak pulih atau pun di saat kritikal yang memang memerlukan bantuan orang lain untuk uruskan kehidupan.

Maybe ada diantara anda yang tidak arif berkenaan backup plan takaful atau insurance yang melibatkan lumpuh kekal keseluruhan ni. In sha Alllah saya akan sharekan formula 016-1661-6170 untuk anda ada sedikit idea berkenaan maklumat Total Permanent Disable (TPD) ni. Tunggu next posting ya. Sebab ia topik yang agak teknikal dan khusus.

3) CARE TAKER

Macam yang saya share dalam point no. 2. Orang yang menjaga sekiranya tak mampu nak uruskan diri sendiri.

Kalau nak makan kena sediakan makanan, kena suapkan makanan, itu belum lagi nak bantu uruskan makan ubat. Belum lagi kalau bab ada luka-luka macam bedsore yang saya share di point no. 1. Belum lagi kalau ada risiko jangkitan kuman pada luka akibat bed sore dan boleh menyebabkan kuman attack organ lain...dan risiko masalah organ fail pulak.....

Kenapa saya cerita perkara ni?..Sebab saya sendiri pernah mengalami situasi menjaga arwah mak saya yang ada jangkitan kuman akibat luka di kaki dan akhirnya kuman tersebut mula attack organ2 lain. Ini semua diberitahu oleh Doktor Pakar yang merawat Arwah Mak saya, jadi, sebagai waris, Doktor brief saya keadaan arwah mak saya sebelum apa2 procedure rawatan dibuat.

Jadi, saya sangat faham mengenai care taker nie....

4) FISIOTERAPI

Bila stroke, ada anggota yang menjadi lemah sebab saluran darah ke saraf tertentu terganggu. Jadi, process pemulihan memang akan ambil masa lama dan berterusan. Selain dari kos untuk buat fisioterapi, ada juga kos lain seperti kos logistic (transport dan juga orang yang nak hantar dan ambil balik)...

Semua nie, akan kita nampak bila kita dah lalui. Kalau kita tak pernah lalui, memang kita tak pernah terfikir semua benda nie.

Kalau ada orang cerita pun kekadang akal kita tak tercapai untuk bayangkan kalau kita tak bebetul hayati.

Macam yang saya pernah cerita di perenggan atas. Saya ada pengalaman jaga Arwah Mak saya yang sakit kritikal (dialysis) dan ada ketika memang tak mampu nak berjalan, kena pakai kerusi roda. Nak jalan pun tak boleh, kena angkat naik atas kerusi roda dan turunkan dan macam tu la process berterusan selagi hayat dikandung badan.

Semua nie memang memerlukan kos tambahan.

5) BARANG KELENGKAPAN SOKONGAN (SUPPORT STUFF)

Alat-alat sokongan tambahan, seperti pampers, kalau dah tak boleh nak kawal buang air, susu khas, makanan supplement, peralatan pakai buang yang lain macam wet tissue dan macam-macam lagi. Sudah tentu ini akan memerlukan kos tambahan kepada pesakit.

Ok lah, rasanya itu sahaja dulu sharing saya hari nie, malam ni baru sempat menulis, sebab siang hari sibuk sikit dengan urusan meeting dan juga uruskan pelbagai khidmat kepada client-client.

Harap, sharing saya ni dapat memberi sedikit ruang minda ramai orang untuk cakna berkenaan keperluan menyediakan backup kewangan.

Kepada anda yang mungkin nak tahu lebih lanjut mengenai pelbagai jenis perlindungan kewangan dan bagaimana untuk menyediakan plan yang sesuai, boleh click link berikut http://infoplantakaful.wasap.my.

In sha Allah saya akan berikan khidmat nasihat secara percuma dan berikan penerangan dengan terperinci berkenaan keperluan perlindungan kewangan anda.

Aziz Riadi
ShRFP
Sen Agency Manager
Muqmeen Group
www.azizriadi.com

#takaful #stroke #medicalcard #hibahtakaful #muqmeengroup #financialprotection #financialplanning #estateplanning


No comments:

Post a Comment