Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap orang ada kisah kehidupan masing2. So, saya jugak sama....ada cerita saya sendiri....Kali ni, saya rasa saya perlu kongsikan apa yang saya lalui. Harapan saya, agar cerita saya ini mungkin boleh beri inspirasi kepada orang lain. Untuk yang baca dan tidak terinspirasi, anda tidak perlu paksa diri anda untuk rasa terinspirasi...:D. (gurau....:))
Saya pernah kongsikan cerita saya daripada kecil sampailah saya jadi agent takaful bersama Prudential dan PruBSN Takaful....dan di sini saya nak share sedikit lagi mana2 yang saya belum bercerita dan kisah saya develop agency yang bermula dari "0".
Anda boleh baca kisah permulaan cerita saya di sini Aziz Riadi, CERITA SAYA... Part 1 dan Aziz Riadi, CERITA SAYA... Part 2.
Untuk yang belum mengenali saya, Saya Abd Aziz Bin Riadi, Director Al Mukmeen Associates (a member of MUQMEEN GROUP), merupakan agency manager di bawah syarikat Prudential dan Prudential BSN Takaful.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang ini. Bermula dengan seorang agent di bawah saya pada tahun 2006, hinggalah sekarang, jumlah keseluruhan setakat hari ni dalam 250 orang agent. Dan pada tahun lepas, agency saya berjaya mendapatkan jualan sebanyak 9.1 juta, satu amount tertinggi yang pernah saya capai sepanjang saya menceburkan diri dalam bidang insurance.
Saya juga sangat bersyukur pada Allah, pada tahun lepas juga pelbagai anugerah telah saya terima antaranya adalah, Top 3 Awards dari syarikat yang saya wakili dalam kategori Top Takaful Direct Unit. Yang paling manis adalah apabila agency kami dianugerahkan Top Recruiter of the Year 2014 pada malam anugerah MTA STAR NITE AWARDS 2015, satu anugerah peringkat kebangsaan dalam industri takaful di Malaysia.
Tapi.....hidup saya dulu tak macam nie. Saya berasal dari sebuah keluarga kampung yang sangat2 sederhana. Sebab pada saya masih ramai lagi anak2 orang lain (pada zaman saya di kampung yang lebih susah dari saya)...jadi say rasa saya pun sudah sangat bertuah. Saya dilahirkan pada 1.1.1977 di Bukit Gambir Muar, Johor....dan bersekolah di kampung, seterus dapat sekolah asrama di Sekolah Tinggi Muar dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Sains Computer.

Kena ada semangat yang sangat kuat, sentiasa upgrade ilmu yang ada, dan emosi kita perlukan sentiasa stable dan tidak mudah sentap...dan perlu jaga kesihatan tubuh badan kita. Perlu jaga hubungan kita dengan Allah, dan hubungan kita dengan manusia.
There is no secret in this business...kerja kuat. Buat sesuatu dengan sehabis baik. Pedulikan apa yang orang lain katakan kepada kita. Kalau ia memberi nilai tambah, kita ambil. Kalau tidak memberi sebarang manfaat, just ignore sahaja. Focus kepada DREAM kita.
Perlu sentiasa ada tenaga dan memberi tenaga kepada orang lain. Jangan sekali-kali kita memberi energy yang negative...buang terus energy negative, yang perlu ada pada diri kita hanyalah energy positive...
Buat sesuatu perlu consistent....habiskan apa yang kita mulakan. Jangan asyik buat kerja separuh jalan.
Sekian sahaja, daripada saya, sekiranya anda berminat untuk tahu, bagaimana saya dari budak kampung yang biasa2...boleh membangunkan business yang bernilai jutaan ringgit....dan pada masa yang sama saya kembangkan kepada beberapa portfolio pelaburan seperti hartanah, saham amanah, saham bursa dan emas....boleh hubungi saya, dan sekiranya anda sanggup untuk bersama-sama dalam program coaching saya, anda mungkin jutawan pada masa akan datang.....BERMINAT?...contact saya 019-3232121 atau email abdazizriadi@gmail.com.
Thanks!
ReplyDeleteVery helpful
ReplyDelete