22 May 2021

APA ITU SMARTSAVER 300 DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI? #AzizRiadi


 

PENGENALAN

Sebelum saya bercerita lebih details mengenai smarsaver300 yang ditawarkan oleh syarikat PRUBSN Takaful Berhad, saya nak anda baca dulu summary mengenai sharing payment atau co-payment antara peserta takaful dengan pengendali takaful (syarikat Takaful).

Idea berkenaan dengan sharing payment (untuk kos medical card) telah pun berada dalam industri insurans semenjak medical card diperkenalkan di sekitar tahun 1995/96. Pada awal medical card nie diperkenalkan di pasaran, semuanya coverage adalah 100% dibayar oleh company insurans. 

Tapi, bila claim mula masuk, dan nampak pattern bahawa claim experienced macam nampak tak kan menurun, jadi, pihak syarikat mula fikirkan kaedah untuk memastikan product medical card masih boleh ditawarkan dan syarikat masih ada profit.

Untuk pengetahuan anda semua, pada masa itu, player medical card ni tak banyak. Hanya company-company insurans yang besar je yang menawarkan plan medical card nie. Dan kebanyakkannya adalah syarikat international.

So, basically, APA MAKSUD CO-PAYMENT atau CO-INSURANCE atau KO-TAKAFUL nie?...Ada juga company  yang menggunakan konsep DEDUCTIBLE. Nama berbeza, tapi tujuan tetap sama iaitu :

" Bahasa mudah, 'ko' bermaksud perkongsian. Jadi, kalau co-insurance tu, maksudnya adalah perkongsian bayaran bill hospital antara client (pemegang policy) dan juga syarikat insurance "

Terdapat pelbagai kaedah terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat insurance / takaful untuk kaedah ko-insurans atau ko-takaful nie.

Sebagai contoh :

  • 10% Ko-takaful, min RM 300, max RM 1,000 untuk setiap kali warded. Maknanya client kena bayar 10% dari bil dengan min amount client kena bayar RM 300 dan maximum RM 1,000. Contoh kalau bill RM 2,000, 10% RM 200. Tapi client kena bayar RM 300. Kalau bill RM 5,000, 10% client kena bayar RM 500. Tapi kalau bill RM 40,000, 10% RM 4,000, tapi client kena bayar maximum RM 1,000 sahaja.
  • 20% Co-Payment daripada total bil hospital sekiranya client upgrade bilik lebih dari yang dia layak. Yang nie kekadang takde capping. Boleh pergi sampai ribu-ribu sekiranya bill hospital tinggi.
  • 10% Ko-takaful min RM 400, maximum RM 2,000 untuk setiap kali masuk ward untuk dapatkan rawatan. Ini sama macam yang atas, tapi syarat min dan max sahaja berbeza.

Kenapa adanya konsep co-payment atau co-insurance dan akhirnya bila player takaful masuk dalam market, mereka memperkenalkan konsep yang sama iaitu ko-takaful?.

Secara umumnya, kaedah ini digunakan adalah atas beberapa tujuan.

1- Untuk memastikan harga medical card kekal competitive. Maksudnya, medical card yang cover full 100%, yang mana semuanya bill rawatan ditanggung oleh company insurance atau takaful, sudah tentu harga plan atau package itu akan jadi lebih mahal. Jadi, bila mahal, tak ramai yang berminat nak beli sebab kalau harga medical card level-level bukan mampu milik.

2- Untuk mengurangkan tabiat kekerapan untuk claim disebabkan oleh cover 100%. Kalau ada co-takaful atau co-payment atau co-insurance nie, client yang bebetul memerlukan rawatan sahaja akan sanggup bayar sebahagian dari bil hospital. Kalau semua cover 100%, sakit sikit2 pun nak warded. Dan pihak hospital pulak suka sebab client mereka bertambah dan pada masa yang sama mereka claim direct dari syarikat insurans. So, lama-lama, bila claim experienced mula meningkat, bila di perkenalkan co-insurance nie, claim dapat diuruskan dengan lebih baik.

3- Mengurangkan risiko salah guna kemudahan medical card. Sebabnya, kalau takde co-insurans atau cover 100%, dan untuk membolehkan rawatan menggunakan medical card, syaratnya adalah kena warded. Jadi, rawatan yang sepatutnya boleh dibuat secara pesakit luar, tapi client prefer nak masuk ward, sebab nak dapatkan rawatan percuma dengan claim medical card.



Soalan : APA ITU FULL COVERAGE, SMARTSAVER 300, DEDUCTIBLE, ZERO DEUCTIBLE DAN HIGH DEDUCTIBLE?  DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI?


Pakej Full Coverage, Smart Saver 300 dan juga Deductible

Smart saver 300 adalah pakej yang ada dalam medical card PruBSN sama ada Health Protector atau Medic Protector.

Di Prudential BSN Takaful terdapat beberapa jenis medical card yang menawarkan beberapa jenis plan dan pakej.

Berkenaan dengan soalan yang diberikan, saya nak kenalkan anda dengan beberapa term yang berkaitan degan medical card.

a. Full Coverage / Zero-Deductible

Medical card ni cover 100%. Semua bill akan ditanggung oleh medical card. Tapi utk Asas Link (medical card Health Protector) tak offer pakej ni. Pakej ni harga dia lebih tinggi berbanding smart saver 300 dan juga high deductible.

Bahasa mudah, semua kos rawatan hospital ditanggung sepenuhnya oleh syarikat PruBSN Takaful. Client mungkin kena cover sikit-sikit kos bukan perubatan yang memang tak dicover oleh medical card.


b. Smartsaver 300 (SS300)

SS300 adalah pakej yang lebih jimat sebab client kena bayar sebahagian dari total bill hospital iaitu RM 300 setiap kali masuk hospital. 

Akan tetapi sekiranya ada keperluan untuk kemasukkan berikutnya dalam masa 90 hari selepas keluar ward yang sebelumnya, client tak perlu bayar RM 300 tu lagi. Tapi dengan syarat disebabkan oleh penyakit yang sama atau berkaitan dengan penyakit yang sama dengan penyakit yang warded sebelumnya.

Kalau berbeza dan selepas 90 hari. Kena bayar lagi RM 300 untuk setiap kali masuk wad. 

Kelebihannya dari segi harga caruman, ia lebih jimat berbanding full coverage.


Sebagai contoh :

Plan Medic Protector Plan 200 (
Smart Saver 300), harga dia katakan RM 170 sebulan. Untuk plan yang sama, tapi full coverage mungkin cecah RM 230 hingga RM 240 sebulan. Jadi kat situ dah kena bayar extra RM60 - RM 70 sebulan.

Sekiranya lebihan bayaran RM 60 sebulan, setahun RM 720. Bayangkan kalau 3 tahun RM 2,160. Sedangkan client kekadang bukan selalu masuk ward. Dan kalau masuk ward pun baru kena bayar RM 300 (sebab plan smart saver 300), client kena bayar RM 300 daripada total bil dan selebihnya syarikat PruBSN takaful akan tanggung. Lebih baik lebihan untuk bayar plan full coverage tu dilaburkan di tempat yang lebih memberi pulangan seperti ASB, Tabung Haji dan yang sebagainya.

Tapi, sekiranya client memang tak nak pening-pening kepala nak bayar padal hospital dan duit caruman bulanan bukan jadi masalah, ramai juga yang memilih untuk pakej FULL COVERGE atau ZERO-DEDUCTIBLE. Bergantung kepada kadar kemampuan masing-masing.


c. High Deductible (HD)

Apa maksud “Deductible”.

 Deductible bermaksud, jumlah yang client kena bayar dulu then lebihan dari jumlah tersebut barulah syarikat takaful akan bayar. 

Sebagai contoh Deductible RM 20,000. Untuk bil rawatan RM 20,000 pertama, client kena bayar dan takkan dicover oleh Syarikat Takaful. Tapi kalau bill rawatan tu mencecah lebih dari RM 20,000, baru lah syarikat Takaful akan bayar bil rawatan tersebut. Contoh mudah macam nie. Katakan client sign up pakej Deductible RM 20,000


*UNTUK SINGLE WARDED bukan accumulated banyak2 kali.

Contoh 1 : Bil Rawatan RM 19,000 (memang tak cover sebab dibawah amount deducttible)

Contoh 2: Bil Rawatan RM 20,000 (masih tak cover lagi sebab masih belum cukup syarat lebih dari RM 20,000 (amount deductible tu).

Contoh 3 : Bil Rawatan RM 40,000 (RM 20,000 client kena bayar sendiri, dan baki RM 20,000 akan dibayar oleh syarikat takaful).

Kenapa ada option deductible nie?..Sebab

  • Mungkin ada client yang dah ada existing medical card dari company dia kerja, tapi limit sedikit. Jadi sesuai amik plan deductible. Sebab lebih murah.
  • Mungkin ada client yang dah ada policy medical dari company lain atau company yang sama tapi limit sikit, jadi nak tambah limit, lebih baik amik deductible sebab lebih murah dan jimat.
  • Mungkin sebagai backup kalau tak cukup cash, sebab mungkin client dah standby cash kalau sakit, tapi takut tiba2 bil shoot up sampai ratus ribu?..Mungkin client akan kehabisan wang simpanan. Jadi amik plan nie lebih murah.

Untuk manfaat medical card Health Protector. 

Antara ciri penting adalah tiada had tahunan dan juga had seumur hidup. Tapi, anda perlu memilih options SMART VALUE POINT (SVP) (untuk menentukan pakej yang anda pilih)…

Smart Value Point nie macam prepaid la. 

Bila kita sign up je, kita ada credit dalam medical card kita iut jumlah smart value point tu, bila kita claim, ia akan berkurangan. 

Terdapat 3 Pilihan Smart Value Points. 

RM 1,000,000
RM 1,500,000
RM 2,000,000


Semakin tinggi SVP, semakin tinggi harga caruman. 

Bagaimana Smart Value Point ni berfungsi. Saya buatkan contoh.

Katakan client ambil SVP 1 million dan Smart Saver 300. Client kena sakit teruk, bill sampai RM 300,000 setahun. Then client boleh claim RM 300,000 tu dan hanya bayar RM 300 smartsaver. (Sekiranya plan smart saver dipilih).

Katakanlah client keluar masuk hospital and habis SVP 1,000,000. So, untuk bil berikutnya sekiranya client masuk wad lagi, propotion 80:20 antara client dan juga client. Katakan dah habis 1 juta, client masuk wad lagi bill RM 50,000.

So 80:20. Prubsn akan bayar 40,000 dan client kena bayar 10,000. Sampai bila portion 80:20 ni? Sampai bila2 selagi ada hayat peserta / client. Sebab takde had seumur hidup.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai plan ini atau sekiranya anda ingin mendapatkan sample quotation, kami sedia membantu. Sila click link berikut :

https://infoplantakaful.wasap.my

In sha Allah saya akan berikan penjelasan lanjut.

Sekian.

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com
HP : 019-323 2121

#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan #medicalcardnolimit #hibah



2 comments:

  1. Saya nak tanyalah skarang ni saya dah ada medical card smart saver 300 yg select punya saya bayar 210 ringgit tiap2 bulan baru2 ni saya accident lutut tuh terseliuh jadi saya nak tahu saya boleh mintak pampasan ke atas sebab kehilangan daya upaya sementara kewww tuh hari waktu accident saya nak ke hospital swasta di columbia setapak tapi takut doctor sahkan saya sebagai outpatient jadi saya kena bayar guna duit sendiri bukannya insuran tanggung melainkan saya diwadkan dan saya hanya perlu bayar 300 untuk kemasukan hospital dan pendaftaran sahaja kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk accident, kalau tak masuk wad pun boleh claim. Cuma, kena tengok your medical card smart saver 1st version Plan Anugerah atau SmartSaver Plan Augerah Plus.

      Sebab untuk smart saver yang awal, outpatient untuk accident tetap tertakluk kepada smart saver 300 (bahasa mudah). Tapi, ada satu benefit dalam medical card untuk rawatan kecemasan. Boleh pakai benefit tu.

      Cuma, kalau outpatient, kena bayar dulu claim kemudian.

      Untuk info lanjut, boleh PM whatsapp di 019-323 2121 (Aziz Riadi)

      Delete