22 October 2020

KENAPA PERLU BERSEGERA UNTUK PROSES PROPOSAL? #takafulprubsn #takafulterbaik



MUNGKIN RAMAI yang dah tahu serba sedikit proses untuk mohon takaful secara umum. Tapi, untuk jeni-jenis proposal yang bukan standard case, contoh, ada pemohon yang dah sakit baru nak apply, ada yang  berat badan berlebihan atau  berkurangan dari normal, ada yang latar belakang kesihatan keluarga dan pelbagai sebab lagi.

So, point saya tulis entry kali ini adalah berkenaan kenapa client (pemohon) perlu berikan kerjasama penuh dan agent juga perlu berikan komitmen dalam proses nak apply takaful untuk client mereka.

Sebelum saya nak pergi kepada details point yang nak disampaikan, saya nak share satu real senario yang saya pernah alami satu  masa dulu.

Ada sorang client nie apply plan medical card dan hibah dari saya. Jadi, macam biasa, proses nak apply dibuat secara digital menggunakan ipad melalui appls PruBSN Mobility. Bila semua details dah dimasukkan, seperti mana biasa, sampai kepada soalan Health Questionnaire. Saya pun tanya sejarah kesihatan prospect. Then prospect pun cerita la beberapa history penyakit beliau. Lepas tu saya submit.

Selepas 3-4 hari bekerja, keluar requirement untuk client buat urine test sebab ada history beliau pergi dapatkan pemeriksaan disebabkan kencing kotor (bahasa orang awam). Walau pun beliau buat  pemeriksaan dah lebih 4 tahun, tapi, saya nasihatkan beliau untuk declare jugak. 

Dia ada tanya jugak, memang kena declare ke?, saya cakap "Ya, dah ada record memang kena declare"...Kalau tak declare boleh ke?.."Boleh je, dan mungkin policy boleh keluar (lulus) cuma bila nak claim nanti memang saya tak boleh jamin la. Sebab takut nanti pihak syarikat takaful jumpa rekod tu, masa tu memang claim akan ditahan...then kalau masa tu bebetul perlukan perlindungan takaful macam mana? nak salahkan siapa?". Dipendekkan cerita, client agree untuk declare...

Then, apa yang saya nak cerita adalah, bila requirement dah keluar, client kena buat urine test 2 masa berbeza. Sebab nak confirmkan result yang lebih consistent. Sebab kalau ambil sekali, takut kali pertama ada bacaan yang abnormal, so, kena ambil 2 kali sampling.

Nak dijadikan cerita, client nie, punya la sibuk....sampai hampir 3 bulan set appointment untuk buat urine test asyik tak sempat manjang. Sampai la dah nak habis masa untuk buat test, saya dapat contact dia dan dia ada buat check up dalam 2-3 hari sebelum kita  berhubung...dan Dr suspect ada something wrong (macam ada ketumbuhan di bahagian badan dia)....dan Dr suspect ia mungkin cancer (kalau ikutkan symptom2 yan nampak)...

Then, saya pun jadi....alamakkk....macam mana ni?...coverage pun belum approved lagi....cancer pulak waiting period 120 hari...dan kalau lepas waiting period pun sure kena tunggu jugak sebab mungkin akan ada investigation.

Akhirnya, saya bagitau, chance nak lepas very slim sebab permohonan belum approve lagi, dah jumpa symptom lain pulak....

Ok, pengajarannya kat sini adalah....saya amat titik beratkan kepada client yang dah agree untuk ambil plan takaful  khususnya medical card. Sebab plan medical card nie bukan senang nak approved. Terutama yang dah ada sejarah penyakit. jadi, kat sini la, apa yang perlu dibuat adalah..

1- Kalau ada requirement, settlekan secepat mungkin. Agent kena settlekan part agent, contoh ambil medical report yang berkaitan yang mana tidak memerlukan client untuk hadir sekali. Client pulak, kalau perlu buat medical check up atau pun kena buat blood test atau urine test dan sebagainya.

2- Communication kena jaga. Make sure bila agent contact client untuk update, client kena respond. Dan macam tu juga kalau client contact agent untuk tanya status, agent kena fast respond. Agent kena cekap handlekan pending requirement. Kalau tak sure, boleh rujuk senior agent atau pun leader. Kalau nak rujuk company direct  pun boleh tapi biasanya mereka sibuk dengan banyak benda nak handle. 

3- Submit segera requirement yang dah dapat. Once requirement dah dapat, cecepat  kena submit dan lepas cukup masa turn around time (agent kena follow up dengan company). Bukan apa sebab takut keluar requirement lain atau yang baru bila underwriter review requirement yang baru dihantar.

4- Kena submit Condition Acceptance Letter (CAL) - sekiranya ada dengan segera. Sebab walau pun permohonan boleh lulus, tapi disebabkan tak sign offer letter lepas settle semua requirement, mungkn menyebabkan process nak approvedkan sijil menjadi lambat.

5- Kena terang kan FREE LOOK PERIOD & WAITING  PERIOD, HAS (Hospital Alliance Services - claim online panel hospital) . Bab ni, once permohonan dan approved, agent kena terangkan semula kepada client semua syarat2 nie. termasuk la yang tak boleh claim. Yang boleh claim, kalau client tak tahu sangat takpe, sebab memang boleh claim. Yang  tak boleh claim nie memang kena terangkan bebetul bai dia faham dan ingat.

Ok lah..itu sahajaa...so, kepada anda semua, kalau yang nak apply takaful tu, jangan ingat senang2 je terus approve. Ada process penilaian sebelum permohonan anda diluluskan.

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan info berkenaan plan takaful. Boleh click link ini http://infoplantakakaful.wasap.my.

Kepada yang berminat nak tambah income dengan jadi agent takaful. Boleh click link ini http://jomextraincome.wasap.my

Sekian.

Kongsikan artikel ini sekiranya anda fikir ia beri manfaat kepada ramai orang.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager

#financialplanning #rumahsewa #pelaburanhartanah #financialprotection #medicalcard #prubsn #prubsntakaful #parttimeincome #ejentakaful #familytakaful #medicalcardfamily #retirementplan #hibah #estateplanning #businessprotection #kitajagamalaysia #asb #asbfinancing #financialplanner #saynotoscammer #bijakwang #bijakuruswang








 

No comments:

Post a comment