03 February 2021

SELF IMAGE DEVELOPMENT PART 1



Malam tadi dengar sharing dari salah seorang agent yang dulunya belajar mechanical engineering kat US. Balik Malaysia, kerja sekejap then tukar kerjaya dalam bidang takaful. Asalnya dapat halangan dari keluarga, tapi dia teruskan jugak sebab dia nampak dia boleh belajar sesuatu dan dapat sesuatu yang lebih baik.
.
Apa yang menarik perhatian aku malam tadi, dia share pasal SELF IMAGE. Ramai agent takaful yang baru join akan melalui fasa ni. Fasa untuk adaptasi. Fasa perubahan dari kerjaya yang dipandang tinggi oleh orang sekeliling kepada kerjaya yang dikatakan mencabar dan sukar untuk berjaya serta dipandang rendah oleh masyarakat.
.
Aku pun terkenang la zaman memula aku join dulu as full time agent. Kena sindir tak payah cakap. Ada yang tak cakap depan-depan, tapi cakap belakang2..."Kalau nak kawan dengan aku jangan cerita pasal insurance"...ada juga yang siap sindir lagi "Mana BMW kou?" Sedangkan masa tu dia nampak aku bawak helmet, baru turun dari motor EX5 aku yang bapak aku belikan masa tahun 2 kat UTM. Tapi sampai sekarang pun aku memang tak pakai BMW..😝
.
Apa rasa aku masa tu? Bohong la kalau tak rasa apa2. Memang la rasa malu pun ada bila kena sound depan2. Tapi, apa aku buat? Aku senyum dan aku jawab "Belum mampu lagi bang, tengah pelan2 kayuh..😊". Aku punya perisai masa tu hanya 1 je ..." SENYUM"....kena sound, kena sindir...aku "SENYUM".
.
Tapi dalam hati...."Takpe, one fine day....aku pastikan aku akan berjaya".
.
Benda2 macam ni buat aku rasa SELF IMAGE aku makin drop. Sebab masa memula tu memang kawan2 yang rapat tak berapa ramai yang support. Tapi ada yang support dan aku masih ingat sampai sekarang...
.
So, since aku dah full time masa tu, aku punya mindset very simple. Bila aku tengok game business insurance / takaful ni, kou suruh client kou sign up dan commit untuk tempoh yang lama. So, aku kena service diorang untuk tempoh yang dijanjikan. So, aku bukan hanya jual takaful sebenarnya, tapi aku jual "commitment aku"...aku kena deliver apa yang aku janji.
.
Sebab tu aku decide untuk buat full time dan deliver janji aku, walau pun masa tu income aku baru memula full time hanya 1/2 dari gaji aku kat Telekom Malaysia Berhad.
.
Ehhh....kenapa aku boleh confident untuk buat full time ya, sedangkan masa tu baru je half gaji aku..
.
1- Sebab aku dah buat kira2. 6 bulan aku buat as part time dalam keadaan tak expert dan kurang masa , aku boleh dapat half gaji aku. Kalau aku buat full time all out, in sha Allah aku akan dapat lebih.
.
2- Aku single masa tu, so aku boleh cut cost aku punya personal expenses. Makan sehari sekali tu biasa. Makan untuk hidup.
.
3- Aku ada backup saving, tapi aku tak nak pakai saving aku. So, aku kena cecepat recover income aku. Dan aku bersyukur sebab client kedua aku pernah claim dan claim approved. So, kat situ aku tahu yang apa yang aku buat adalah tak tipu.
.
4- Aku kenal diri aku. Aku kalau nak buat sesuatu, aku sanggup belajar dan ulang buat sampai jadi. So, aku gunakan strength yang aku ada.
.
Sambung pasal self image..
.
Untuk aku naikkan balik motivasi dan self image, aku focus untuk selalu tengok macam mana senior2 aku aku. Masa tu Hj Fazli Mohd Noor (Founder Al Isra'), Hj Othman Shaharum (Co-Founder Al Isra') dan Arwah Hj Rosli Yaacob (Co-Founder Al Isra') antara senior agent yang aku jadikan reference. Cara mereka berfikir, cara mereka positionkan diri mereka kat market dan community...aku bebetul follow.
Instead of aku asyik fikirkan apa yang orang nampak negative pasal apa yang aku buat, lebih baik aku focus kepada orang yang appreciate apa aku buat.
.
Antara step yang aku buat untuk perbaiki self image
.
1- Start buat benda yang tak biasa aku buat untuk improve skill set aku dalam business, dan latih tubi sampai kita jadi biasa dan expert. Share dan ajar pulak agent2 yang lain yang baru.
Antaranya adalah - buat phone call kepada stranger. Buat direct approach stranger. Buat booth dan approach stranger. Kenapa aku ubah market stranger? Sebab stranger tak kenal aku sebelum ni apa yang aku buat. Diorang kenal aku, memang aku sebagai agent takaful. Bukan Computer System Engineer dan sebagainya. Cuma ada juga dapat feedback, ada satu akak tu cakap dengan anak dia masih kecik. "Esok adik belajar rajin2, kalau tak nanti jadi macam abang ni, jadi agent insurance, buat sales kat shopping mall".
Tapi sebab stranger kan, aku tak kenal dia, takde la aku nak amik port sangat. Takkan la aku nak usung degree aku ke hulu ke hilir nak tunjuk yang aku ada belajar kat universiti. Kan?
.
2- Start Mirror kan diri aku dengan top2 agent dan top2 leader di Prudential. Tahun 2004, aku dah berpeluang tengok leader yang ada income 6 angka sebulan. So, aku mirrorkan diri aku untuk jadi lebih baik dari dia...
.
3- Ikut apa yang senior2 agent buat. Kalau diorang buat jadi, in sha Allah kita akan dapat macam mana diorang dapat. Masa tu aku tengok Hj fazli, seminggu present 5, tapi closed 7 (40K TPC seminggu)...walau pun game plan dia lain, tapi aku belajar macam mana cara dia buat networking. Lepas tu, setiap 2-3 hari aku akan jumpa Leader (Hj Firdaus Lau).
Ada challenges, ada kesilapan, ada kesalahan, aku akan refer dia. Dan kalau biasa agent bila leader tanya "You ok tak?" Agent akan jawab ok. Tapi aku jawab "Tak berapa ok". Sebab apa? Sebab bila aku jawab tak berapa ok, leader akan offer untuk bantu. Then masa tu la kekadang aku dapat ilmu2 yang dia sendiri tak share masa meeting atau sharing.
.
Alhamdulillah, lama2 aku dapat rasa perubahan dalam diri aku.
.
Itu je dulu. Sambung kemudian. Part 2 pulak.
.
Untuk sesiapa yang nak dengar banyak perkongsian aku dalam business takaful ni.
Untuk sahabat2 yang nak join as agent takaful.
Boleh click link ni http://jomextraincome.wasap.my
.
Nota : Nak develop self image, sama macam nak buat resort. Masa tanah dalam keadaan hutan, takde siapa nampak value. Masa process pembangunan, tak ramai yang nak bantu sebab dengan kos tinggi, peluh, kotor, panas, hujan...tapi tunggu bila dah siap. Tengok sendiri macam mana orang appreciate. Then masa tu pasti korang akan rasa betapa berbaloinya usaha korang selama ni.
.
Tunggu aku buat sambungan. Banyak lagi nak cerita ni.
.
Sekian
ShRFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group.

No comments:

Post a comment