19 April 2021

MAK TAK RESTU JADI AGENT TAKAFUL?


Satu hari kami pernah buat booth dan salah seorang dari agent kami masa tu approached satu akak ni masa buat booth kat satu shopping mall. Dia mengelak. Tang mengelak tu takpe, dia siap tarik anak dia sambil cakap kat anak tu "Esok dah besar belajar rajin-rajin. Kalau tak, nanti kerja macam ni (sambil merujuk kepada activity kami buat promotion booth)".

Wahhh, kan main hakak ni. Dia selamba je chop agent-agent takaful yang buat kempen kesedaran perlindungan kewangan kat booth-booth ni belajar tak pandai atau malas dan tak dapat kerja bagus, jadi, tiada pilihan, buat la takaful.

Ini cerita 12-13 tahun lepas.

Now dah tahun 2021, masih ramai lagi yang memang tak boleh nak accept kerjaya sebagai agent takaful ni. Especially mak ayah yang kurang pendedahan.

Tak payah jauh, saya sendiri, masa memula nak merisik bakal isteri. Mak mentua saya pun kurang yakin dengan kerjaya saya sebagai agent takaful untuk ambil anak dia sebagai isteri. Tapi bagusnya bakal isteri saya masa tu, dia pandai positionkan kerja saya masa tu. apa yang dia cakap dengan mak dia, buat mak dia boleh terima (walau pun tak berapa confident). 

Kenapa saya tahu? Sebab masa tu saya belum ada apa-apa lagi. Kereta 2nd hand Honda Civic tahun 1989. Masa tu tahun 2004. Apa yang nak dibanggakan? Kan?

Ok. Berbalik kepada kerjaya dalam bidang takaful ni. Saya selalu share dengan agent -agent saya yang tak dapat restu mak ayah untuk buat business ni.

Rata-rata, bukan salah mak ayah mereka beranggapan begitu. Sebab apa? Sebab mereka tidak didedahkan dengan apa kelebihan sebagai agent takaful. Yang mereka tahu, "kerja ikut komisen". Komisen dapat ikut sales atau jualan. Takde sales, takde income. Takde income macam mana nak tanggung belanja. Kalau ada gaji basic, at least kalau takde sales pun ada la duit untuk cover belanja.

Haaa...itu la yang orang faham pasal kerjaya ikut komisen. Tapi yang sebenarnya ramai yang tak tahu. 

Kalau nak ikutkan dari segi kelayakkan, memang la jadi agent ni tak perlukan tahap pendidikan tinggi. Cukup dengan SPM dan 5 subjek lulus. Bukan credit tau. Lulus je...dah boleh jadi agent. Dengan syarat lulus exam under MII (Malaysian Insurance Institute) atau MTA (Malaysian Takaful Association)...

Tapi tak semestinya tidak memerlukan tahap pendidikan tinggi tak boleh nak bina kerjaya yang bagus dalam bidang takaful.

Kami di Muqmeen Group, jangan kata Diploma or Degree holder. Yang ada master dan PhD pun ada yang buat takaful sepenuh masa. 

Ada title Dr dan Ir. Yang Engineer tak payah sembang, bersepah, Arkitek, Lecturer, Cikgu, Anggota Polis, Anggota Tentera, macam-macam bidang dan akhirnya mereka memilih dari jadi agent takaful sepenuh masa.

So, untuk yang nak jadi agent takaful, tapi tetiba dapat tentangan atau tidak mendapat restu ibu bapa. Especially yang muda-muda. Sebab kalau yang dah 30-an atau 40-an biasanya parent dah tak kisah sangat kalau anak mereka nak tukar kerjaya...

Saya ada beberapa tips nak bagi parent anda faham kenapa anda nak join industri takaful.

Baca sampai habis.

Jangan cerita pada parent tapi TANYA pada mereka pasal jenis kerjaya yang anda nak ceburi dan kenapa pilih kerjaya tersebut.

Contoh Soalan: (Banyak jenis soalan, saya bg yang basic2 dulu)

Cakap lembut2, dengan penuh rasa hormat...

"Mak,.....antara kerja yang income tetap dan kalau kerja saya bagus, boss suka saya dan company ada untung dapat baik gaji setahun sekali dengan kerja yang income based on komisen, kalau saya bagus dapat income naik setiap minggu. Agak2 mana satu yang mak restu?"

Biasanya mak jawab: Tak kisah la, asalkan rezeki halal. Kalau bagus yang ada gaji basic dan ada pencen (kerja gomen). 

Tanya lagi,

"Mak, antara kerja, yang mana kerja tu bagi gaji oklah...tapi sibuk sampai kalau Mak sakit atau perlukan orang untuk jaga mak, saya susah nak dapat cuti, atau nak balik jenguk mak dengan kerja yang incomenta ok, tapi kalau mak perlukan saya anytime, saya tak perlu ambil cuti, saya boleh jaga mak dan dalam masa yang sama saya boleh buat kerja saya dan income tetap naik setiap minggu, rasa-rasa mana mak prefer?"

Kalau mak anda masih jawab, 

"Takpe lah, kerja yang takde masa untuk mak pun takpe. Kalau mak sakit, kou sibuk kerja, buat la kerja kou sampai habis. Mak tak kisah kalau anak2 mak tak dapat balik jenguk mak tak sihat sebab sibuk sangat dengan kerja..."

Kalau mak anda jawab macam ni. Ok. Kerjaya takaful mungkin tak sesuai dengan anda. 

Tapi kalau mak anda jawab. 

"Nak,.....mak mana yang suka anak dia sibuk sangat kerja, sampai kalau mak sendiri sakit pun tak de masa nak jenguk, takde masa nak jaga. Takde masa nak suapkan makanan, picitkan kaki, picitkan kepala kalau mak pening? Mak mesti la suka kalau anak mak boleh jenguk mak masa mak sakit. Jangan kan sakit, waktu sihat pun kalau dapat jenguk selalu, mak lagiiii happy sebab ada anak yang selalu ingat mak dia yang lahirkan dia. Yang berjaga malam kalau anak dia demam panas, yang sapu minyak angin kat perut kalau  anak dia kembung. Yang sapu minyak angin kat dada kalau dia selsema...kou ada anak nanti, kou faham la apa yang mak bagitau ni".

Kalau mak anda bagi jawapan macam ni. Jangan tunggu lama. Click link kat bawah ni 

http://jomextraincome.wasap.my

http://jomextraincome.wasap.my

http://jomextraincome.wasap.my

In sha Allah, saya akan bantu anda untuk bina kerjaya bukan setakat dapat good income tapi juga ada masa yang boleh diluangkan untuk berbakti kepada ibu dan bapa anda.

"Restu ibu ayah dalam kerjaya memang sangat penting. Tapi, bagaimana kita persembahkan kerjaya tersebut kepada mereka, itu jauh lebih penting" - AAR

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

In sha Allah kalau diberi kesempatan, saya akan interview beberapa team kami yang pelbagai background berkenaan kisah restu ibu bapa dalam kerjaya...

Aziz Riadi

ShRFP

Senior Agency Manager

Muqmeen Group

#longlifecareer

#takafulawareness

#takafulagent

#tambahincome

#parttimejob

#helpmorepeople

#mgklang

No comments:

Post a comment