27 September 2021

BETUL KE TAKAFUL ATAU INSURANS NI SUSAH NAK CLAIM? #caranakclaimtakaful #claim #medicalcard #azizriadi


Gambar #1 


Gambar #2 

Soalan nie memang dari dulu tak pernah habis. Saya pernah tulis kenapa tak boleh nak claim pada tahun 2008. Ya, 13 tahun yang lepas. Dan rasanya maybe ada yang bertanya soalan nie, masa 13 tahun yang lepas, tak tahu apa2 langsung pasal insurans atau takaful pun...:D.
Jadi, bila terlalu banyak persoalan yang ditanyakan kepada saya, dan juga team saya. Rasanya sudah sampai masa saya berkongsi kepada ramai orang bagi memberi kesedaran mengenai apa sebab yang biasa terjadi hingga menyebabkan takaful atau insurans tak boleh claim. https://www.azizriadi.com/2008/12/kenapa-tak-boleh-nak-claim.html Gambar #1. Screen shot dari comment youtube channel saya. Boleh tengok kat sini https://youtu.be/TMTWVZmWG7U

Saya terima comment dari salah seorang penonton yang tengok video saya. Tapi, saya tak pernah salahkan sesiapa dalam hal ni. Dan saya sendiri sebagai pengamal takaful (takaful practitioner) ambil tanggungjawab untuk menjelaskan dengan penih hikmah. Artikel yang saya tulis pada tahun 2008 tu, maybe ada sebahagian nya dah tak terpakai, sebab mungkin business rules berubah. Maklum la, business takaful ni sangat dinamik. Dengan products structure dan regulation, dengan Akta berkenaan kewangan pun berubah. Sekarang ikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan juga Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (FSA dan juga IFSA)... Tapi, secara conceptual, rasanya artikel tersebut masih relevan. Boleh baca kalau rajin. Sebab agak panjang. Kalau anda baca, dapat la ilmu pasal kenapa tak boleh claim. Jadi, boleh la belajar sesuatu...:D.
Memang tidak dinafikan, ada segelintir agent yang tidak bertanggungjawab mana kekadang sampai menyebabkan ada masalah bila nak claim. Ada juga, kekadang punca datang dari client, masa ambil proposal mungkin tak declare kepada agent. Atau agent pun kekadang silap disebabkan tak tanya prospect bebetul sebelum sign up masa isi proposal form. Ada juga disebabkan oleh mis communication antara client dengan Doktor. Sebagai contoh, Doktor tanya, "Bila you start rasa ada gejala (symptom) nie?..." Client jawab "Lama dah doktor"...client tak jawab specific date atau pun paling kurang sebut jangka masa. Sebagai contoh..."Dah seminggu Dr"...atau "Dah dekat sebulan Dr"...atau cakap "Baru 2-3 hari nie Dr, sebelum ni saya ok je"... .
. So, kalau takde jangka masa yang specific, ada Doktor yang nak cepat, dia tulis "Long time ago"....then, bila check2 sijil takaful baru je berkuatkuasa maybe 1 atau 2 tahun. .
. Then, bila report Dr sampai ke bahagian Hospital Alliance Services (yang uruskan Pre-Authorisation Letter) atau dulu orang panggil GL (guarantee letter)...pihak takaful nampak macam ada suspicious info (info yang meragukan)...jadi, GL mungkin pending dan masuk dalam process INVESTIGATION...sedangkan sepatutnya boleh claim takde masalah. .
. Itu yang nampak takaful nak macam-macam tu...nak itu la, nak ini lah...Sudah semestinya process nak claim perlu melalui process yang telah ditetapkan oleh syarikat takaful. Kalau semua claim main approve je, takut2 nanti claim yang tak sepatutnya lepas pun lepas....contoh, claim untuk client yang ada pre-existing illness tapi tak declare masa sign dan purposely ambil takaful untuk claim selepas policy berkuatkuasa....Kalau keadaan begini berlaku...apa jadi?....Koyak la tabung tabaru' yang orang guna untuk claim. Sepatutnya tabung tu digunakan untuk orang2 yang bebetul memerlukan dan cukup syarat. .
.
Ada banyak keadaan lagi, yang maybe boleh berlaku Sepanjang hampir 20 tahun saya handle claim, macam2 pengalaman saya pernah lalui. Ada yang boleh saya kongsikan secara umum, ada yang tak boleh sebab ia melibatkan process yang agak complicated dan unik atau pun melibatkan compliance dan code on ethic. .
.
Saya jangkakan, orang yang comment di channel youtube saya ni mungkin ada bad experienced. Sebab tu dia cakap macam tu. Atau pun biasanya dia pun main dengar2 je orang cakap payah nak claim dari orang lain, dan orang yang bagitau pun berdasarkan hearsay sahaja....dan kalau betul tak boleh claim pun, mereka hanya cerita salah takaful atau insurance. Mereka tak terangkan pun apa sebenarnya berlaku. Maybe sebab salah faham sikit, dan benda boleh claim, tapi sebab masa tu maybe dah marah, terus black list takaful. .
.
Saya nak share Gambar #2 pulak. .
. Ini saya buatkan claim untuk client saya. Diagnosis dari Dr yang merawat adalah disebabkan UTI (Urinary Tract Infections)...dan agak complicated seikit sebab beliau baru je habis pantang bersalin. Jadi saya suspect sebab complication selepas bersalin. Tapi, bila semak2 bukan disebabkan oleh bersalin. .
. Nampak macam simple je UTI ni...tapi, kuman yang attack client saya ni sangat kuat, demam hampir 40'C dan dah bagi makan ubat pun tak turun demam. Akhirnya Dr masukkan dalam ICU sebab tengok dari result darah, kuman dah start masuk dalam salur darah. Takut nanti kuman tersebut attack bahagian lain atau organ utama. .
. Alhamdulillah, setelah Dr sahkan ia bukan disebabkan oleh komplikasi selepas bersalin, jadi saya tolong buatkan claim beliau, dan akhirnya approved dan duit dan masuk dah pun. .
. So, akhir sekali, pada saya, bukan masalah boleh claim atau tidak. Sebab dalam contract atau sijil memang jelas, apa yang tak cover dan apa yang cover. Dan document tersebut adalah legal binding contract boleh jadikan sebagai bukti sekiranya jadi case mahkamah. .
. Apa yang penting adalah, dari segi process serta terma dan syarat. Kalau claim tersebut memang termasuk dalam terma dan syarat boleh claim, sure boleh claim. Tapi, kalau process atau tak memenuhi terma dan syarat, takkan nak expect pihak takaful main bayar sahaja... .
.
Akhir sekali, ia bergantung kepada tahap kesedaran masing2. Kalau kita tak faham details, lepas tu kita buat judgement ikut emosi dan bukan fakta dan contract, memang tak boleh nak buat apa la. Itu hak masing2. . .
Alhamdulillah, saya dah hampir 20 tahun dalam bidang nie, kalau memang ada intention nak menipu, rasanya memang tak lama mana dalam bidang nie. . . Dan ramai yang beranggapan agent makan duit hasil dari tidak amanah, rasanya itu bergantung kepada setiap individu. Tidak boleh main tabur semacam je. Sebab, kepada yang faham mengenai kerjaya sebagai agent takaful ini sebagai amanah...In sha Allah, dia takkan buat-benda yang melanggar syarak. Oklah, itu sahaja saya nak kongsikan. Maybe boleh share dan tag sahabat-sahabat, agar sama-sama dapat ilmu simple tapi practical. In sha Allah. In sha Allah, saya akan buat video untuk mengulas persoalan saudara yang comment di youtube channel saya. Kepada yang nak tengok banyak video perkongsian saya. Boleh subscribe channel youtube saya di https://www.youtube.com/user/azizr3130 Saya buat posting ini, bukan nak menuding jari siapa salah siapa betul. Tapi lebih kepada nak share apa yang betul dan apa yang tak berapa betul dan apa yang totally salah. Untuk client-client takaful, sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat, carilah agent yang committed dengan anda. Yang mungkin dah takde agent disebabkan oleh agent terminated atau pun MIA. Boleh DM saya atau tulis di ruangan comment untuk sebarang pertanyaan.

Untuk yang nak jadi agent takaful, kami ada package menarik untuk nda sekiranya anda bebetul ingin ubah nasib hidup anda...In sha Allah.
.
.
Kepada sesiapa yang nak belajar macam mana urus kewangan peribadi dan juga untuk yang baru start business nak belajar urus bisiness, boleh join group FB di link berikut :


Kalau nak tahu pasal products takaful, boleh click ni http://infoplantakaful.wasap.my



Kalau nak tahu pasal cara macam mana nak tambah income sebagai agent takaful boleh click link ni http://jomextraincome.wasap.my

Sekian.

Aziz Riadi
ShRFP
Sen. Agency Manager
Muqmeen Group

#financialplanning #tambahincome #buatbisnes #takaful #fianncialprotection #hibahtakaful #hibah #medicalcard

No comments:

Post a Comment